Isnin, 2 Februari 2009

Nak share bahan....?


Panitia Matematik Daerah telah pun mempunyai group sendiri. Tuan-tuan dan puan-puan dialu-alukan untuk menyertai group ini dan manfaatkan bersama.

Sila lawati http://groups.google.com.my/group/thmath09

emel kumpulan ialah thmath09@googlegroups.com

Selamat datang.......

Isnin, 26 Januari 2009

Mesyuarat Pertama 2009


Panitia Matematik Daerah Kota Tinggi merupakan antara panitia terawal mengadakan mesyuarat bagi sesi 2009. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Hajah Radiah yang juga Pengetua SMK Bandar Easter, antara lain membincangkan aktiviti bagi tahun semasa.

Soalan-soalan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan 3 dan 5 juga soalan-soalan bagi Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1,2 dan 4 adalah setara daerah. Soalan-soalan ujian khas telah diedar ke semua sekolah menengah Daerah Kota Tinggi dan bakal diadakan serentak selepas naik cuti Tahun Baru Cina.

Kursus Peningkatan Profesionalisme bagi guru-guru baru yang mengajar matematik akan diadakan dan fasi kita tak lain dan tak bukan adalah guru cemerlang matematik daerah iaitu En Norishak. Pertambahan guru cemerlang matematik daerah iaitu En Zaidi dari SMK Lokman Hakim dan En Roduan Husain dari SMK Tan Sri (Tahniah!! untuk kedua-dua mereka, moga kita akan menyusul kemudian) nampaknya akan menambah kekuatan dan pastinya kursus-kursus peningkatan bakal mereka terajui umpamanya kursus GSP (Geometer's Sketch Pad).

Tahun 2009 juga bakal kita warnai dengan kecemerlangan dan ukhuwah sesama kita. Panitia Matematik Daerah bersama PPD akan menganjurkan aktiviti Jejak Matematik yang tentunya amat menyeronokkan.

Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah SWT.

Jawatankuasa Panitia Matematik Daerah Kota Tinggi 2009



Penaung
Tuan Hj Sufa'at bin Tumin
Pengarah Pelajaran Johor

Penasihat
Tuan Haji Mohd Zakaria bin Yusof
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Penolong Penasihat
Encik Samion bin Kassim
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah


Penyelaras
Encik Ma'at bin Kozin
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Sains dan Matematik)



Pengerusi
Hajah Radiah binti Suliman
Pengetua SMK Bandar Easter



Setiausaha
Mazlina binti Md Amin
KP Matematik SMK Bandar Easter


Bendahari
Intan Suhaila binti Zainal
SMK Bandar Easter


AJK
Ketua-ketua Panitia Matematik sekolah-sekolah menengah Daerah Kota Tinggi